Salam alayk
Sejak khamis lepas... tubuhku menggigil dan panas silih berganti, rasa lemah dan tidak berdaya. Kepalaku sakit, badan sakit, perut sakit... aduhh serba salah dibuatnya.
Pada waktu beginilah aku terbayang kalau kematian bakal menjemputku... bagaimana ya kesakitannya... Ini pun rasa tak daya dah nak tanggung, asyik dok sebut abang, ma, abang cik, adik semua sekali nak disebut dah tak larat sangat..
Dr dah bagi 7 jenis ubat untuk ditelan.. rasa pahit tekak-tekak... Mulutku hanya berzikir dan berselawat syifak, semoga Allah sembuhkan penyakitku segera..
Abang, terima kasih kerana menjagaku sepanjang aku sakit.. kaknik, kaklong terima kasih juga untuk anak berdua. Jangan lupa pesan ibu jika benar-benar ibu pergi satu hari nanti ya.
MAUT TETAP AKAN DATANG DAN MENJEMPUT KITA
YA ALLAH KAU AMPUNKAN DOSAKU DAN KAUM KELUARGAKU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment