Friday, May 7, 2010

Muhasabah 2

"BUKAN BERMAKSUD MENYOKONG PERBUATAN BUNUH DIRI"

lihat apa yang tersirat disebaliknya....


LELAKI MATI TINGGAL NOTA UNTUK ISTERI


Akibat tidak dapat menahan tekanan berikutan hidup dalam kemiskinan dan kehilangan pekerjaan mendorong seorang lelaki berusia 41 tahun mengambil keputusan drastik untuk menamatkan riwayat hidup sendiri.

Dengan hanya beberapa ringgit dalam kocek seluar serta sekeping nota yang ditinggalkan untuk isteri dan anak berusia lima bulan, Khairudin Wazir Khan ditemui terbaring berlumuran darah di tilam oleh rakan sebiliknya di Flet Sri Kolam di sini, kira-kira jam 12.15 pagi semalam dengan kesan tikaman di dada dipercayai menggunakan sebilah pisau lipat.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsudin, berkata setakat ini polis menolak kaitan jenayah dengan kematian itu tetapi siasatan diteruskan.

Khairudin dipercayai meninggalkan keluarganya di Setiu dan bekerja sebagai pengawal keselamatan hingga dua bulan lalu apabila dia diberhentikan kerja.

Rakan sebiliknya yang tidak mahu dikenali berkata, Khairudin berkahwin semula dengan isterinya lebih setahun lalu selepas mereka berpisah selama 10 tahun.

Bagaimanapun, selepas kehilangan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan, dia masih gagal mendapat kerja baru walaupun sudah puas mencari kerja di daerah ini.

Seorang jiran, Alias Muhammad, 43, berkata beberapa jam sebelum itu, Khairudin menceritakan kisah sedih kehidupannya kepada beberapa penduduk flet itu di gerai makan berhampiran.

Katanya, Khairudin memberitahu mereka dia sudah berhutang sebanyak RM160 dan masih terhutang wang sewa rumah.


nota dari aku:

kau bacalah berita ini. ulangi sekali lagi. bila aku membacanya petang tadi ayer mata aku meleleh. pipi aku panas dan basah

hati aku koyak berderai.

lihatlah kesah cinta ini. inilah kesah cinta yang agung. inilah kesah uda dan dara. inilah hikayat laila dan majnoon. inilah roman ali dan nina. inilah cinta romeo kepada juliet.

bertapa setianya sang suami kepada sang isteri.

sepuluh tahun mereka berpisah. sepuluh tahun mereka diduga. sepuluh tahun mereka memendam rasa. sepuluh tahun cinta terhalang.

pastilah terpisah kerana pencarian. pastilah terpisah kerana pekerjaan. akhirnya mereka bertemu kembali untuk memulakan penghidupan baru.

bayangkan senyuman yang meliar.
bayangkan ketawa di hati.
bayangkan janji janji yang telah dilafazkan.
bayangklan kata kata lunak yang terhambur.
setelah sepuluh tahun berpisah pastilah janji janji diikat untuk membina istana yang baru.

bukan janji untuk bercuti ke kota paris
atau berjanji membeli sepasang prada
atau masuk ke pavilion untuk minum secawan kopi
jauh sekali untuk ke dubai membeli anting anting

berjanji bersetia untuk satu kehidupan
berjanji bersetia untuk mencari pekerjaan
berjanji bersetia untuk menjadi sang suami yang baik
berjanji bersetia untuk menjadi sang isteri yang sempurna

hidup ini
hidup ini
hidup ini satu perjalanan yang maha panjang

kau baca berapa ringgit ditemui dalam saku sang suami
pasti tidak dapat membeli secangkir anggur merah
berapa ringgit agaknya yang akan diwariskan untuk anaknya yang baru berumur lima bulan.

kau sedarilah sang suami ini tidak memiliki saham pnb
sang suami ini tidak pernah tahu tentang ketuanan melayu
sang suami ini tidak tahu yang jackie chan dan
michelle yeoh telah membeli harta di seberang takir

ketika monsoon cup dahulu dimana agaknya sang suami
apakah ketika itu sang isteri sarat mengandung
atau sang suami memimpin sang isteri melihat betapa
lumayannya perahu di sungai duyung

tapi - tengkujuh dan taufan bukan yang mereka cari
hanya sepinggan nasi dan samangkok gulai untuk pendiding diri.


kau ingat sang suami ini tahu tentang duit petronas?
kau ingat sang suami ini tahu tentang wang ehsan?
kau ingat sang suami ini tahu tentang kontrek masjid kristal?
kau ingat sang suami ini tahu tentang stadium yang runtuh?

nah! kau hitung berapa hutang yang belum terbayar?
sekali lagi kau ulang baca
lihat berapa hutang sang suami yang belum dibayar?

jangan kau terperanjat
hutang sang suami hanya seratus enam puluh ringgit
tidak cukup untuk membeli sebatang havana

jangan kau terperanjat
hutang sang suami hanya seratus enam puluh ringgit
tidak cukup untuk melayan happy hours

demi Allah
apakah agaknya nota akhir untuk sang isteri
apakah yang ditulis hanya selamat tinggal wahai kekaseh ku
apakah yang ditulis kucupan akhir untuk sang anak


aku tahu
sampai kiamat pun
aku tidak akan dapat tahu
apakah nota terakhir dari sang suami


aku bersumpah
sambil aku berkelana
kesah ini akan aku bawa
sepanjang perjalanan hidup ku

untuk kau
kau yang menjadi kawan aku
jika kau membaca kesah ini
jika tercarik hati mu
jika koyak air mata mu
jika tertekan nafas sedeh mu
jika sebak dada mu
maka aku tahu
sebenarnya kau memilik hati suci seorang komunis
hanya kau tidak menyedari bahawa hati kecil mu
adalah degupan yang sentiasa membawa kebaikan

Tukar tiub

Muhasabah 1

Mengemis urus jenazah
Oleh Mohd Harzrul Aminuddin

Dipetik daripada Harian Metro
2010/04/29

MUAR: Siapa sangka, tragedimengorbankan dua beradik Muhammad Fadzly, 15 dan Muhamad Syafiq Razak,11, pada Isnin lalu akhirnya membongkar episod duka kehidupan sebuahkeluarga yang hidup daif sejak 20 tahun lalu serta terpinggir daripadabantuan kerajaan. Malah, pasangan suami isteri, Razak Manap, 52 danZuliha Yahya, 42, terpaksa mengemis dan mengharap belas ihsanadik-beradik mereka bagi menguruskan pengebumian dua jenazah anaknya diTanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, di sini, semalam. Kehadiranwartawan Harian Metro, semalam antara saat dinantikan keluarga terbabitkerana selain sedih kehilangan dua anak, mereka mempunyai kisah dukayang ingin dikongsi bersama.

Ketika mula-mula ditanyakan perasaannya, Zuliha hanya menjawab ringkas:“Ibu mana yang tidak sedih kehilangan anak?” Kemudian bermulalah episodpembongkaran kisah hidup menyayat hati sembilan sekeluarga yangsebenarnya jauh lebih menyedihkan daripada tragedi terbaru kehilangandua beradik itu.

Zuliha berkata, kedua-dua Allahyarhampelajar cemerlang dan pintar di dalam kelas, namun Muhammad Fadzlyberhenti sekolah bermula tahun ini kerana keluarganya tidak mampumembayar yuran persekolahan.

Menurutnya, sejak berhentibersekolah, Allahyarham Muhammd Fadzly membantu menguruskan hal duaadik lain yang masih bersekolah dan dia tidak pernah merungut walaupunsedar masa depannya mungkin lebih suram apabila tiada pendidikan formal.

“Arwah dua beradik itu rapat dan juga pelajar pintar dalam pelajaranmasing-masing. Sebenarnya mereka harapan keluarga kami, namun saya redaAllah lebih sayangkan mereka. “Jika diikutkan hati, mahu saya meraungsekuat hati menangis dan meratap pemergian mereka. Malangnya, kamisudah lali dengan kehidupan daif dan pelbagai dugaan selama inimengajar apa itu erti kesabaran,” kata ibu kepada tujuh anak itu.

Menurutnya, disebabkan tidak mendapat sebarang bantuan, tiga daripadatujuh anaknya berhenti sekolah dan bekerja bagi membantu meringankanbeban keluarga.

Katanya, disebabkan suaminya, Razak bekaspenagih dadah, mereka seperti dihukum seumur hidup pemimpin masyarakatserta dinafikan pelbagai bantuan termasuk rumah Projek Perumahan RakyatTermiskin (PPRT).

Malah, ketika tinjauan dilakukan di rumahpasangan itu di Tanjong Agas, tiada kenduri tahlil diadakan berikutankeluarga allahyarham tiada duit membeli kuih bagi menjamu tetamu.

Lebih menyedihkan majlis bacaan surah Yasin yang diadakanantara keluarga tidak dilawati masyarakat setempat termasuk ketuakampung mahupun pemimpin politik kawasan.

Sementara itu, Razak mengaku dia pernah melakukan kesilapan, namun tetap dipinggirkan masyarakat.

...........seminggu dua ni, mata wa rabak sekian kali.
ayob danaukota

Friday, April 23, 2010

Tukar boss lagi

Salam..

Dah lama tak menulis dah bekulat dah blog ni...

Aku agak semenjak berpindah ke LP, belum lagi aku menulis...
Hari-hari terakhir ni rasa tak berapa gembira:
1. Rasa tak selesa.. selalu rasa berat di temgkok, kepala dan bahu.. lebih teruk lagi kalau semua tubuh rasa bisa.. (ada siapa2 boleh bantu)
2. Akan akan kehilangan boss ... aku baru je bersama dgn boss ni lebih kurang 6 bulan,. Belum habis belajar lagi. Dia nak ditukarkan ke unit lain atas keperluan perkhidmatan... sedih sangat.. bukan setakat hilang boss tapi rasa kehilangan kawan juga (bukan apa sebab umur boss ni pun baya aku).
3. Disebabkan akan kehilangan boss ini, byk perkara aku terpaksa belajar uruskan sendiri, maklum balas, jawapan parlimen, susulan jemaah menteri, laporan dan kertas cadangan yang tak pernah berhenti...tak ada dah orang nak guide aku. (dan tak ada orang nak back-up dan editkan kertas aku)..

Aku sedih.....hua....hua!!!!!!!

Sunday, January 24, 2010

Salam..

Ish..ish dah lama betul tak update blog ni... sibuk atau malas.. 2 2 tu mungkin ada..
Baru balik dari Hotel Putra Kuala lumpur, penilaian ibadat haji bagi tahun 2009M/ 1430H. Masih masalah yang sama, rentak yang sama.. semoga jemaah haji yang bakal menjadi tetamu Allah pada tahun ini, bersedia dari sudut ilmu, mental dan fizikal..

Monday, September 28, 2009

Alhamdulillah.. mudahnya perjalanan sekarang.. Hari jumaat sehari sebelum raya aku dapat pulang ke Bukit Mertajam menjenguk ayah dan ibuku.. Keesokan paginya dah bertolak ke Kota bharu untuk pulang berhari raya bersama keluarga suamiku.. hari rabu dah kembali semula ke Kuala Lumpur untuk bertugas. Jumaat pulang semula ke BM untuk menjemput anak-anakku.. Mudah kan..

Ingat sewaktu kecil dulu kalau aku dan keluarga nak pulang ke Kota Bharu, ma dan ayah dah merancang berbulan2. Kita ada dua pilihan sahaja sama ada pulang melalui Padang Besar, Hattyai, Golok menaiki keretapi atau pun pulang melalui Bukit Berapit, Perak, Kuala Lumpur dan kemudian pusing pulak Banjaran Titiwangsa (karak) dan Terengganu.. barulah sampai ke Kota Bharu. (Aku ingat dulu sampai muntah hijau).. Ma akan sediakan telur rebus sebagai bekalan..

Sekarang tak lagi... R&R dah bersepah2, anak-anak pun tak nak bekal... Berbezanya dulu dan sekarang.

Friday, August 7, 2009

Abang cik lagi..

Salam..

Minggu lepas, saya sekeluarga ke Tawau melawat bapa saudara anak2. Dalam perjalanan pulang dari Semporna abang cik cakap " ibu, ibu bagilah nyawa kat pasport abang cik", kenapa pula nak bagi nyawa kat pasport abang cik? aku bertanya. "Ala ibu selalu cakap pasport abang cik tu dah mati.. nanti tak boleh ikut ibu pergi luar negeri..."..
Ada-ada aje abang cik tu..